20130115

DOA

DOA mohon rezeki
"Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah rezeki kami dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama." (Surah al-Maidah ayat 114).

DOA mohon dilancarkan lisan dalam berbicara
"Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku."


DOA mohon agar diri dan keturunan dijadikan orang yang tetap mendirikan solat.

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku." (Surah Ibrahim ayat 40).

DOA mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatu yang tidak diketahui hakikatnya.
"Nuh berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi." (Surah Hud ayat 47).

DOA mohon diberi keputusan yang baik
"Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya." (Surah al-A'raaf ayat 89).

DOA apabila berada dalam keadaan kesusahan dan penderitaan
"Allah, Dialah Allah Tuhanku, aku tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu pun. Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri."

DOA mohon diberi kesabaran
"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir." (Surah al-Baqarah ayat 250)

DOA apabila melihat sesuatu yang disukai
"Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala amalan yang baik."

DOA mohon ketetapan iman
"Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi di pengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dari kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat."

DOA mohon dijauhkan daripada bencana
"Dan peliharalah mereka daripada (balasan) kejahatan dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu, maka sesungguhnya Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar." (Surah al-Mukmin ayat 9)

DOA mohon anugerah keturunan dan waris yang baik
"Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah pewaris Yang Paling Baik." (Surah al-Anbiya' ayat 189)

DOA mohon anugerah isteri dan keturunan yang menyenangkan hati
"Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Furqan ayat 74).


Hari ini

Assalamualaikum,
"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir." (Surah al-Baqarah ayat 250) SUMBER
...
Jadi, harini p belajar bawak moto & kereta dekat Mahsuri. Ya Allah, ketaq yg amat. Tapi nasib dapat cikgu yg sporting. Moto belajaq ngn Tokwan. Well, bukan tokwan aku pun, tapi semua org kat situ panggil dia tokwan. So, tokwan pun tokwan lah kan. Then kereta belajaq ngn Cikgu Ejat. Third time aku bwk kereta ni! Dia suruh naik satu round dlm tempat belajaq tu, pastu dia suruh bwk atas jalan raya. I was like, betul ka nak keluaq pagar? Takmau tekan minyak. Takuittt. Pastu kena marah, =.="  Ni antara dialog sepanjang perjalanan. 

Saya : (sambil tekan minyak) Tu kereta kat depan. Nak buat mcm mana? *muka cuak.
Cikgu : Langgaq ja la. *muka serious
Saya : Erkkk *sangat cuak, sambil tekan minyak lagi
Cikgu : HOI TEKAN BREAK LA! ADA KA HANG NAMPAK KERETA KAT DEPAN HANG DUK TEKAN MINYAK LAGI KOT KALAU CICAK KA BEWAK KA NAK BELAH IKUT SUKA LA! NI KERETA! TAKKAN NAK LANGGAQ!
Saya : kruk kruk *diam, ekon menghembus sejuk tapi berpeluh nak mampussss. dalam hati, ler td suruh langgaq :p
-------
Saya : *tengok permandangan 
Cikgu : *cepat2 tarik stereng*
jeng jeng kereta berpusing *k, over
Saya : Eh, awat?
Cikgu : HANG DUK NGELAMUN APA? NASIB BAIK TAK MASUK HUTAN! @$#$%^^&&**
------
Cikgu : Cer bwk keta pakai otak. *muka tension
Saya : (dlm hati ja tak berani ckp, hehe) *adeke pakai otak. tangan ni nak taruk mana?

Okay, selepas sejam, kami pun pulang ke pusat latihan memandu. Saya lihat mama sedang menunggu dgn wajah maniss yg mengantuk. Hm, kesian mama, tunggu anak kesayangan ni belajaq kan. Suruh balik takmau, nak tunggu jugak katanya. Hm hm jasamu takkan dpt kubalas sehingga akhir dunia. hihi, Sayang mama sgt3. 

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ampunillah dosa-dosa ibuku
Dan rahmatilah dia
Sejahterakanlah dia dan kasihanilah dia

K,sudah. Banyak pulak nak cite ye kan? haha. Si emi ni takdak, nak share dgn sapa lagi... cedih. wkwkwk. solamet malem. Assalam.