20150425

I'm so heart broken and it's the best time to write

tolong terangkan

terangkan bagaimana hati yang patah dapat melahirkan cebihan tulisan indah yang diabdi dan diingat lama?

---
mungkin kerana hati yang patah
mematahkan juga hati lain yg membaca

Hal kecil

aku dan hal kecil yang menyedihkan
hal kecil yang merisaukan
hal kecil yang menyiksakan.

aku dan hal kecil yang ingin ditinggalkan
tapi tak bisa kerana dia terlalu lekat
dan dekat

aku dan hal kecil yang merobekkan
sampaikan serpih hatipun dia tak mahu tinggalkan
sudah aku rayu biar aku tanam tumbuhkan kembali hati yang dia robekkan- dia tak mahu

katanya, oleh hal kecil
aku juga dibesarkan, apa lagi hal besar?
nanti pecah juga hati kau, biar aku saja simpankan
kerana hal kecil tahu, pecah hati yang kedua lebih pilu dari yang dia pecahkan, pertama kali.



-------------------------------------------------------------------------------------------

ya, tapi itu hati aku kan?
pecahnya juga aku rasa, cantumnya juga aku- mahu

biar yang pecah pertamanya oleh hal kecil,
hal besar juga layak memecahkan.



(biarpun pecahnya oleh hal kecil itu yg paling siksa, mau lebih betah dan gagah)