20130107

chipsmore susu

Chipsmore susu, 
Kamu tahu apa bakal terjadi?
Setelah jejak pertama aku ambil untuk mula berlari.

Lari dan jatuh itu biasa kan?
Tapi aku takut
saat aku jatuh dalam larian,
tiada kudratku mahu bangkit.
tiada juga tangan yg dihulur
utk sama2 meneruskan larian.
...
Tapi Allah ada, selalu.
Moga tabah, moga kuat.

Firman Allah, surah Al-Balad : ayat 4, bermaksud, 
“Sesungguhnya manusia itu AKU jadikan dalam kepayahan.”

dan sambungannya,
8. bahkan Kami telah manjadikan utknya sepasang mata,
9. lidah dan sepasang bibir.

Jadi buat diri dan teman2.
Kita sama2 usaha ya?

Allah sudah lengkapkan kita, sempurna.
Cuma perlu siapkan diri utk rempuh segalanya.

Jatuh dalam larian itu pasti,
dan parut hasil jatuh itu jadi bukti.

Dan malam ini,
segelas susu suam dan chipsmore double choc,
jadi teman pikir tentang masa depan yg belum pasti.

Bitaufiq wannajah,
Wassalamualaikum  :D


No comments: