20151020

hampir jam empat sekarang, sayang.
namaku malam, dan aku akan hilang.
bila tibanya siang, ceria datang. tapi sayang, aku malam.
dalamku penuh sepi yang ditinggalkan
dan sendu yang diceraikan.
dalamku penuh tangis yang dirahsiakan
dan kecewa yang ditidurkan.
namaku malam, dan aku akan hilang dalam siang membawa duka yang dilepaskan padaku.
seperti sebelumnya.
namaku malam.
aku dialu sang pilu, untuk mengadu sendu.
aku diidam sang sedih, untuk menceritakan pedih.
dalamku penuh dendam yang menusuk
dan sebak tak tertahan.
dalamku penuh rasa yang terdera
dan mimpi kosong yang konon indah.
selepas jam empat, terbitnya cahaya tetapi namaku masih malam,
dan aku hilang.